Webinar NADI x Cybersecurity : Ancaman Siber Dalam Esports

16 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2025, 2 orang pelajar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Webinar Cybersecurity bertajuk Ancaman Siber Dalam Esports melalui platform Google Meet. Webinar ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai keselamatan siber dalam esports.

Dalam webinar ini, En. Muhammad Zaim yang merupakan Security Analyst di MTC Training telah menerangkan tentang kepentingan keselamatan siber, jenis ancaman siber dalam esports dan cara untuk melindungi akaun, data peribadi dan reputasi dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali